Ikuti Kami:

Pancarkan Aura Seksi, Persembahan Solo Lisa BP Di ‘BST Hyde Park’ Raih Perhatian

Pancarkan Aura Seksi, Persembahan Solo Lisa BP Di ‘BST Hyde Park’ Raih Perhatian

Makin hari, Lisa BLACKPINK semakin bertambah cantik jelita kan?

Terbaru, BLACKPINK telah membuat persembahan di festival muzik BST Hyde Park di London, sebagai artis utama.

Menerima sokongan peminat dari seluruh dunia, sebanyak 65,000 tiket telah habis dijual dan persembahan kumpulan 4 ahli itu juga telah menerima sambutan hangat dari mereka yang hadir dan juga di dalam talian.

Selain persembahan kumpulan, persembahan solo Lisa untuk lagu “Money” turut menjadi bualan ramai terutamanya ketika di bahagian dance break lagu itu.

Khususnya, ahli termuda BLACKPINK itu tampil memakai baju merah dan seluar pendek hitam, memancarkan aura seksinya yang tidak perlu dipersoalkan lagi.

Antara komen yang ditulis peminat,

Wah. Dia sangat hot.

 

Dia memang sangat sempurna, dengan bakat dan personalitinya.

 

Kemahiran dia ketika di atas pentas memang sangat luar biasa.

Lisa memang tak pernah mengecewakan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...