Siapa yang dah biasa melihat Lisa BLACKPINK, pastinya tahu bahawa idola itu jarang mendedahkan dahinya buat umum.

Pun begitu, wanita kelahiran Thailand tersebut membuat penampilan mengejut apabila tampil mengikat rambut ke atas seperti ‘bun’ selain mengenakan gaun sutera berwarna neutral yang terbuka di bahagian belakang. Elegan!
Antara tarikan utama di pameran ‘Bulgari Serpenti 75th Anniversary, The Endless Story’ di Jongno-gu, Seoul, Lisa kelihatan selesa meskipun sentiasa menolak untuk menarik rambut hadapannya dari menutupi dahi.
Bahkan idola itu sering dilihat membetulkan helain rambutnya ketika menari dan menyembur semburan rambut untuk membiarkan helaian rambut di hadapan itu tidak bergerak semasa melakukan koreografi tegang.
Hal ini nyata menarik perhatian peminat kerana Lisa sendiri pernah mendedahkan sebab utama dia tidak mahu mendedahkan dahinya. Ketika rakaman “Knowing Brothers” pada 2020, ahli BLACKPINK itu bertegas mengatakan bahawa dia tidak akan merakamkan iklan sekiranya pihak pengiklan memintanya menukar gaya rambut.
Pun begitu, Lisa berseloroh dan mengatakan bahawa dia akan mendedahkan dahinya sekiranya dibayar 10 bilion won (RM35.4 juta).
Oleh sebab itu, rata-rata peminat bergurau bahawa Lisa mungkin dibayar jumlah yang dimahukannya itu semasa menghadiri pameran Bulgari berkenaan. Hanya sekadar gurauan!
Gitu Lisa!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉