Mesti ramai yang dah tak sabar nak tunggu tayangan musim ketiga “Squid Game” kan?
Terbaru pada 9 Jun, sidang media untuk “Squid Game 3” telah berlangsung dan dihadiri pengarah serta para pelakon seperti Lee Jung-jae, Lee Byung-hun, Im Si-wan dan Park Gyu-young.
Khususnya, Park Gyu-young ditanya mengenai kontroversi ketika dia tidak sengaja memuat naik ‘spoiler’ untuk “Squid Game 3” pada beberapa bulan yang lalu. Respon wanita itu,
Saya rasa anda pasti sangat ingin tahu tentang kisah No-eul (nama wataknya) dan Gyeong-seok (Lee Jin-wook). Jadi, saya menghargainya jika awak boleh tengok sendiri cerita itu nanti.
Jawab pengarah Hwang Dong-hyuk pula,
Saya berasa malu bila gambar itu muncul. Saya juga bertanya mengapa. Mungkin ada penonton yang kecewa tetapi saya harap awak faham kerana siri itu sangat menyeronokkan sehinggakan ‘spoiler’ tidak akan mengganggu keseronokan anda.
Sementara itu, “Squid Game 3” akan mula ditayangkan di Netflix pada 27 Jun nanti.