Ikuti Kami:

“Boleh Kena Saman..” – Muat Naik ‘Spoiler’ Musim Ketiga ‘Squid Game’, Park Gyuyoung Dikecam Ramai

“Boleh Kena Saman..” – Muat Naik ‘Spoiler’ Musim Ketiga ‘Squid Game’, Park Gyuyoung Dikecam Ramai

Susah juga kalau terlalu ghairah ingat memuat naik entri di media sosial, risau mengganggu kerja.

Terbaru, Park Gyu-young berkongsi foto disebalik tabir “Squid Game 2” dan tanpa sengaja telah mendedahkan spoiler plot untuk musim akan datang.

Dalam gambar itu, Park Gyu-young yang memainkan watak askar bersut merah jambu, kelihatan sedang berehat. Namun, perhatian tertumpu pada kehadiran seorang lagi individu yang tidak disangka, duduk di sebelahnya dan juga berpakaian sebagai askar merah jambu. Individu ini ditebak sebagai pelakon Lee Jin-wook yang merupakan antara peserta permainan itu dalam musim kedua ini.

lee jinwook park gyuyoung

Netizen kemudiannya terus menggunakan teknologi ‘upscaling’ untuk memperjelaskan lagi foto tersebut dan mendakwa bahawa individu berkenaan sememangnya Lee Jin-wook. Ini membawa kepada pelbagai spekulasi mengapa wataknya berpakaian sebagai askar merah jambu. Disebabkan kontroversi ini, Park Gyu-young dilihat telah memadam foto tersebut sepantas kilat.

“Squid Game 2” yang dilancarkan pada 26 November, telah meraih populariti besar di seluruh dunia, mencatat 1.262 bilion jam tontonan dalam tempoh 11 hari selepas dilancarkan dan kekal di tempat pertama di seluruh dunia pada minggu keduanya “Squid Game 3” dijadualkan akan dilancarkan pada 27 Jun.

Setakat ini, masih belum ada respon mengenai isu ini namun ramai yang menantikan respon rasmi Netflix.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   The Qoo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...