Ikuti Kami:

“Saya Harap Dia Tak Kahwin..” – Putus Cinta Dengan Ryu Junyeol, Hyeri Ulas Perasaan Kini

“Saya Harap Dia Tak Kahwin..” – Putus Cinta Dengan Ryu Junyeol, Hyeri Ulas Perasaan Kini

Sejak kebelakangan ini, nama Hyeri menjadi perbualan hangat dek kes konflik cinta antara Han So-hee dan Ryu Jun-yeol. Ini kerana ramai yang menebak lelaki tersebut berkenalan dengan Han So-hee sejurus selepas dia meninggalkan Hyeri.

Walaupun ada sedikit pertelagahan, namun kes itu akhirnya terkubur apabila Han So-hee dan Ryu Jun-yeol membuat keputusan untuk berpisah dan memberikan fokus kepada kerjaya lakonan sahaja kini.

Terbaru, Hyeri menarik perhatian ramai apabila berkongsi mengenai keadaannya kini dalam salauran YouTube ‘Hyeri’ di mana dia menjemput sahabat baik iaitu Jo Se-ho dan Nam Chang-hee untuk berbual lebih. Bagi yang tidak mengetahui, Jo Se-ho sedang bercinta kini dan dalam perancangan untuk berkahwin.

hyeri's club

Mengucapkan tahniah, Hyeri bagaimanapun lebih ingin tahu mengenai pendapat Nam Chang-hee mengenai perkahwinan itu. Jelasnya,

Saya ada rakan baik dan saya sangat berharap agar dia tak bercinta. Saya berharap sangat dia tak kahwin kerana saya mahu terus keluar bersama dengannya. Jadi, saya lebih ingin tahu pendapat Nam Chang-hee mengenai perkahwinan ini berbanding Jo Se-ho.

Ujar Nam Chang-hee, dia faham akan perasaan Hyeri itu namun meluahkan dia biasa sahaja dengan berita perkahwina tersebut kerana kadang kala dia tetap bertemu dan meluangkan masa bersama Jo Se-ho.

hyeri's club

Kemudian, Jo Se-ho bertanya mengenai keadaan Hyeri. Katanya, wanita itu kelihatan seperti banyak yang disembunyikannya, jadi menyoal bagaimana perasaan sebenar di dalamnya. Jawab ahli Girls’ Day itu,

Gembira sahaja. Sebenarnya, saya baik-baik sahaja.

Katanya, dia sangat bersyukur kerana ramai yang menyukai setiap apa yang dilakukannya. Jadi, dia tidak mempunyai masalah atau berasa terbeban dengan apa-apa isu.

Semoga Hyeri terus okay sahaja!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...