Ikuti Kami:

Agensi Ryu Junyeol Beli Keseluruhan Agensi Hyeri, Pasangan Bekas Kekasih Ini Bakal Bekerja Sekali?

Agensi Ryu Junyeol Beli Keseluruhan Agensi Hyeri, Pasangan Bekas Kekasih Ini Bakal Bekerja Sekali?

Menurut industri hiburan, C-JeS baru-baru ini memperoleh 100% saham Creative Group ING dengan nilai 1.3 bilion won (RM4.5 juta). Pengambilalihan ini dijangka membawa kepada penggabungan pengurusan antara kedua-dua syarikat dan artis mereka.

C-JeS merupakan syarikat yang mempunyai ramai artis seperti Ryu Jun-yeol, Ra Mi-ran, Oh Dal-su dan Gummy, manakala Creative Group ING pada masa ini hanya mempunyai seorang artis, iaitu Hyeri.

Sementara itu, Hyeri dan Ryu Jun-yeol baru-baru ini terjerat dalam kontroversi cinta segi tiga dengan Han So-hee. Dari pendedahan itu, didedahkan bahawa Han So-hee dan Ryu Jun-yeol berada dalam hubungan romantik, malah menghabiskan masa bersama di Hawaii. Berita ini menarik perhatian besar, kerana Han So-hee dan Ryu Jun-yeol didakwa bertemu hanya 2 hari selepas Ryu Jun-yeol mengumumkan perpisahannya dengan Hyeri selepas 7 tahun bercinta.

hyeri ryu junyeol

Selepas melalui kontroversi itu, Han So-hee dan Ryu Jun-yeol kemudian mengesahkan perpisahan selepas hanya 2 minggu menjalin hubungan secara terbuka manakala Hyeri turut memohon maaf atas ketelanjuran kata.

Macam mana kalau dorang bertemu satu bumbung ya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Hankook Kyungje

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...