Ikuti Kami:

“Saya Harap Awak Boleh Tunggu” – Ramai Teruja, Jisoo BP Akan Debut Solo Tak Lama Lagi?

“Saya Harap Awak Boleh Tunggu” – Ramai Teruja, Jisoo BP Akan Debut Solo Tak Lama Lagi?

Jennie, Rosé dan Lisa sudah, pasti ramai peminat yang menantikan penampilan Ji-soo sebagai penyanyi solo kini.

Sebelum ini, Ji-soo sering memberi harapan buat peminat bahawa dia akan debut sebagai penyanyi solo tak lama lagi.

Namun, dalam satu temu bual yang dilakukan pada Mei lepas, Ji-soo meluahkan kebimbangannya untuk bergerak solo kerana masih belum menemui arah yang jelas mengenai jenis bunyi dan genre yang ingin dibawanya.

blackpink jisoo

Terbaru, BLACKPINK telah mengadakan sesi perjumpaan bersama peminat untuk tandatangan album “BORN PINK”. Dapat berborak dengan idola kesayangan mereka itu secara bersemuka, peminat pastinya tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan soalan yang sudah lama menjadi tanda tanya.

Seorang peminat berkongsi perbualannya bersama Ji-soo, dengan menulis,

Jisoo, saya akan tamat pengajian tidak lama lagi. Saya harap perjumpaan peminat album solo awak akan berlaku sebelum saya terima ijazah.

Menambah keterujaan peminat apabila Ji-soo memberi respon,

Saya akan lakukannya secepat mungkin. Saya harap awak boleh tunggu.

blackpink jisoo

Kami setia menunggu awak, Ji-soo!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...