Ikuti Kami:

Jisoo BLACKPINK Luah Kebimbangan Untuk Debut Solo

Jisoo BLACKPINK Luah Kebimbangan Untuk Debut Solo

Baru-baru ini, kumpulan penyanyi popular BLACKPINK tampil dalam sesi temu bual bersama dengan jenama majalah terkenal, Rolling Stone. Dalam sesi temu bual tersebut, Jisoo turut berkongsi kebimbangannya mengenai debut secara solo.

Jisoo merupakan satu-satunya ahli kumpulan BLACKPINK yang masih belum melancarkan muzik sebagai penyanyi solo. Menerusi sesi temu bual tersebut, Jisoo berkongsi mengenai debut solonya yang dijangka akan berlangsung pada akhir tahun ini. Buat pertama kalinya, Jisoo secara jujur menyatakan kebimbangan ​​mengenai debut solonya.

Jisoo berkata bahawa dia masih tidak pasti tentang sejauh mana dia ingin bergerak solo. Dia juga masih belum menemui arah yang jelas mengenai jenis bunyi dan genre yang ingin dibawanya. Dia berbelah bahagi antara pilihan yang pelbagai, termasuk jenis muzik yang dia dengar, yang dia mampu menyanyi, dan yang dia harapkan.jisoo

Jisoo turut menambah bahawa dia sangat menikmati lagu yang penuh dengan instrumen. Dia juga merupakan peminat muzik band dan rock. Tetapi, selain apa yang dia suka, Jisoo juga mengambil kira aspek atau elemen sebenar yang pendengar harapkan daripadanya.

Jisoo terus merasakan ibarat dia sedang menanggung beban apabila dia menjadi tumpuan. Jisoo suka berkarya secara kreatif dan seronok menghasilkan lagu bersama orang-orang profesional. Namun, dalam pada itu, dia melihat dirinya mengalami kesukaran untuk bergerak solo apabila ditujukan dengan persoalan mengenai tujuan dan tertekan disebabkan oleh popularitinya yang besar. Jisoo berkata apa yang dia sangat suka kekal sebagai ‘misteri’.

Namun yang pasti, dia suka beraksi di atas pentas dan membuat persembahan, tetapi itu tidak bermakna dia suka mendapat banyak perhatian terhadapnya sepanjang masa. Menurut Jisoo, inilah yang membezakannya daripada ahli BLACKPINK yang lain. Ahli lain lebih suka menjadi tumpuan berbanding dirinya. Tenaga yang mereka bawa lebih hebat apabila dikelilingi peminat, jadi apabila mereka turun dari pentas dan keadaan senyap, mereka akan berasa kosong.jisoo

Sementara itu, Jisoo mengalami lebih banyak tekanan apabila dia berada di atas pentas, kerana dia bimbang dia akan melakukan kesilapan. Dia menghadapi masalah untuk berehat dan benar-benar menikmati waktu untuk dirinya kerana membuat persembahan bagi Jisoo kadangkala dilihat seperti menjalani peperiksaan.

Macamni rupanya apa yang Jisoo rasakan. Pasti sukar buat dirinya untuk menghadapi perkara sebegitu disebalik populariti yang dikecapi. Apa-apa pun semoga Jisoo terus bersemangat untuk debut secara solo. Kuatkan semangat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...