Ikuti Kami:

“Saya Hanya Makan Salad” – Tampil Langsing, Hyeri Kongsi Sedang Diet

“Saya Hanya Makan Salad” – Tampil Langsing, Hyeri Kongsi Sedang Diet

Pelakon Hyeri kini sedang mengamalkan diet? Wah…

Terbaru, Hyeri memuat naik satu video mukbang, “Hyeri’s Day ‘Crab Doesn’t Make You Gain Weight” menerusi akaun YouTube peribadinya.

Dalam video tersebut, Hyeri pergi menjamu selera bersama ahli keluarganya menjamu ketam. Hyeri berkata,

Sudah agak lama saya tidak bercuti. Saya sedang meluangkan masa bersama ibu dan kakak saya dan saya fikir saya mungkin perlu membuat filem YouTube saya. Jadi, saya terus membawa kamera saya.

hyeri

Pada masa yang sama, dia juga menunjukkan penampilannya secara penuh. Dia berkata,

Saya sekarang tengah mengamalkan diet. Saya hanya makan salad pada waktu makan tengahari. Saya akan makan ketam untuk makan malam. Ketam adalah makanan diet juga kan? Jadi, saya akan memakai baju yang boleh menampakkan perut saya sekarang. 

hyeriMenerusi rakaman itu juga, Hyeri memakai baju ‘knit cropped’ dan menunjukkan bahagian abs nya. Perutnya kini kelihatan ‘slim’, malah ianya turut berjaya meraih perhatian peminat.  Hyeri berkata,

Ketika diet, saya biasanya makan salad, shabu-shabu, ‘vietnamese rolls’ atau makanan ringan yang lain. Ada lagi tak yang saya boleh makan? Saya tak rasa ketam akan buatkan saya gemuk kan?

hyeriWah… patutlah badan Hyeri makin cantik!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...