Ikuti Kami:

Hantar Trak Kopi Ke Set ‘100 Won Butler Baek’, Hyeri Kongsi Rasa Terharu Terima Sokongan Dari Ji Sung

Hantar Trak Kopi Ke Set ‘100 Won Butler Baek’, Hyeri Kongsi Rasa Terharu Terima Sokongan Dari Ji Sung

Hye-ri baru-baru ini meluahkan rasa terharu apabila menerima sokongan daripada seorang pelakon terkenal. Tapi, daripada siapa ya…

Sebelum ini, Hye-ri dan Ji Sung pernah bergandingan dalam satu drama “Entertainer” pada 2016 di samping Kang Min-hyuk CNBLUE dan Chae Jung-ahn.

Terbaru, Hye-ri memuat satu imej menerusi akaun Instagramnya, dengan satu trak kopi yang dihadiahkan oleh bekas pelakon gandingannya, Ji Sung. Dalam muat naik gambar tersebut, dia turut meletakkan kapsyen,

‘Penghibur’ yang saya bekerjasama dalam satu drama sebelum ini akan kekal sebagai kenangan berharga dalam hidup saya selama-lamanya. Kerana awak, saya mendapat kekuatan!! Terima kasih!

hyeriSatu banting pada trak kopi itu juga mempunyai pernyataan menyatakan,

Pelakon dan kru “Ildangbaek Butler”, saya harap sentiasa kalian berseronok dan gembira menjalani penggambaran bersama Hye-ri. Kekal selamat sehingga penggambaran tamat.

hyeriBuat masa sekarang, Hye-ri sedang menjalani penggambaran “100 Won Butler Baek,” yang menceritakan perjalanan kehidupan pelayan Kim, yang berkerja hanya bermula dengan gaji serendah 0.34 sen. Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut mengenai drama ini, tunggu update okay!

Baiknya Ji Sung!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...