Ikuti Kami:

“Saya Hantar Mesej Padanya..” – Jung Sungil Kongsi Pengalaman Berlakon Dengan Song Hyekyo

“Saya Hantar Mesej Padanya..” – Jung Sungil Kongsi Pengalaman Berlakon Dengan Song Hyekyo

Selepas muncul dalam “The Glory”, pelakon Jung Sung-il nampaknya semakin meraih populariti kini.

Terbaru, Jung Sung-il telah tampil dalam program “You Quiz on the Block”, di mana dia berborak mengenai pelbagai perkara.

Dalam siaran tersebut, Yoo Jae-suk sebagai pengacara bertanya kepada Jung Sung-il bagaimana rasanya bekerja dengan Song Hye-kyo dalam “The Glory”. Kongsi pelakon lelaki itu,

Saya menghantar mesej kepadanya selepas menonton episod pertama dan berkata, ‘Awak telah melakukannya dengan baik’. Dia seorang pelakon yang hebat dan sangat rendah hati.

jung sungil song hyekyo

Kemudian, dia turut berkongsi pengalamannya bekerja dengan Lim Ji-yeon dengan berkata,

Walaupun saya tahu ia hanyalah berlakon..dia sangat pandai menjadi jahat.

Dalam pada itu, bahagian 2 “The Glory” bakal menemui penonton pada 10 Mac ini. Sama-sama kita nantikan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...