Ikuti Kami:

“Saya Hampir Lumpuh” – Leher Bang Chan Stray Kids’ Pernah Terkehel Sewaktu Latihan

“Saya Hampir Lumpuh” – Leher Bang Chan Stray Kids’ Pernah Terkehel Sewaktu Latihan

Sakit-sakit pun buat persembahan? Biar betul…

Semua pasti dah tahu bagaimana ‘hardcore’ koreografi kumpulan Stray Kids’ kan?

Terbaru, ahli kumpulan itu, Bang Chan mengadakan satu sesi ‘live stream’ dan berkongsi bahawa dia pernah hampir lumpuh sewaktu berlatih bagi persembahan mereka.bang chanMenerusi sesi ‘live stream’ tersebut, Bang Chan dilihat memakai ‘pillow neck’ untuk menyokong lehernya yang dalam kesakitan.

Bantal yang lain adalah untuk saya tidur. Kerana saya masih adalah masalah kesakitan leher yang sangat teruk. Saya sentiasa membongkok di hadapan komputer ketika melakukan sebarang kerja. 

Dia turut menambah,

Sebenarnya, saya pernah tercedera di bahagian leher sebanyak 2 kali. Pertama kali saya tercedera adalah sewaktu pertandingan survival dulu.

bang chanKetika itu, Bang Chan ingin melakukan ‘acrobatic flip’ sebagai sebahagian daripada latihan tarian mereka namun ketika berlatih, dia terjatuh dengan menghempap lehernya dahulu malah hampir lumpuh.

Mujurlah dia menjalani rawatan akupuntur 3 hari sebelum dia mempunyai pertandingan survival. Dek kerana itu juga, dia perlu memikirkan gaya terbaru untuk menggantikan aksi ‘stunt’ dalam persembahannya.

Biasanya, ada lagak ngeri yang mana saya akan melakukan ‘flip’ akrobatik. Tetapi kerana saya tidak boleh melakukannya lagi, itulah sebabnya saya melakukan sesuatu yang lain.

bang chanNasib baik sekarang Bang Chan dah okay…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...