Ikuti Kami:

Bang Chan Stray Kids’ Puji Kualiti Diri Nayeon TWICE

Bang Chan Stray Kids’ Puji Kualiti Diri Nayeon TWICE

Ternyata dikagumi peminat kerana aura hebat, Na-yeon turut dipuji oleh rakan artis, Bang Chan!

Pujian itu diberikan oleh Bang Chan Stray Kids’ yang baru-baru ini memuji Na-yeon menerusi platform VLIVE sewaktu dia mengadakan interaksi secara atas talian bersama peminat.

Bang Chan memulakan ‘live’ tersebut dengan menceritakan bagaimana dia pertama kali menyertai JYP Entertainment dan pada waktu itu, Nayeon TWICE merupakan trainee di syarikat tersebut.

Dia berkata dia sering lihat kumpulan TWICE melakukan persembahan di beberapa ‘showcase’, malah dia mula mengagumi kesungguhan kumpulan tersebut dalam mempamerkan kualiti persembahan dan tarian yang hebat. bang chanBang Chan turut memberi reaksi positif apabila Na-yeon melancarkan muzik video solonya dengan memuji konsep dan kualiti persembahan tersebut. Bang Chan berkata,

Na-yeon sememangnya sangat bagus dalam banyak perkara, walaupun sejak dia menjadi seorang ‘trainee’. 

Nampak tak? Kalau dapat pujian sesama rakan artis, maknanya betul lah dia hebat!

Korang dah tengok ke muzik video solo Na-yeon?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...