“Saya, Haha & Yoo Jaesuk Ada Perjumpaan ‘Abang’ Bagi Lindungi Lee Mijoo” – Lee Sangyeob
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Lee Mi-joo sememangnya mempunyai ramai ‘abang-abang’ yang sentiasa menjaganya.
Terbaru, Lee Sang-yeob telah menyertai “Amazing Saturday” sebagai tetamu dan meluahkan rasa cemburu apabila melihat hubungan rapat antara Hanhae dan Lee Mi-joo.
Semasa bermain, lagu Lovelyz di mana ia merupakan kumpulan Lee Mi-joo telah dimainkan. Ujar Boom,
Ia adalah Lovelyz. Kumpulan di mana ‘adik’ Lee Sang-yeob merupakan anggotanya.
Balas Lee Sang-yeob,
Sekarang ini, sepertinya Lee Mi-joo lebih rapat dengan Hanhae.

Mengakui pernah berbalas mesej dengan gadis itu, jawab Hanhae,
Saya pun tak pasti, saya keliru.
Tambahnya lagi,
Lee Mi-joo bukanlah seseorang yang rajin membalas mesej.
Malah penyanyi rap itu membuatkan ramai terkejut apabila mengatakan bahawa dia akan berjumpa Lee Mi-joo pada hujung minggu nanti. Komen Lee Sang-yeob,
Memang bukan ke? Terdapat perjumpaan ‘abang-abang’ bagi melindungi Lee Mi-joo. Saya, Haha dan Yoo Jae-suk adalah sebahagian daripadanya. Awak perlu lepasi kami dahulu.

Untunglah Lee Mi-joo.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




