Ikuti Kami:

“Saya Kecewa Dengan Lee Kwangsoo, Jun Somin, Ji Sukjin, Lee Mijoo” – Yoo Jaesuk

“Saya Kecewa Dengan Lee Kwangsoo, Jun Somin, Ji Sukjin, Lee Mijoo” – Yoo Jaesuk

Semakin sibuk Yoo Jae-suk apabila rancangan barunya bersama Kakao TV sudah bermula kini.

Kalau anda nak tahu, “Play Yoo” merupakan program di mana pengacara No 1 itu berinteraksi dengan peminat di mana mereka boleh memberikan arahan kepadanya secara langsung ketika menyelesaikan misi yang diberikan pihak produksi.

Untuk episod pertama ini, Yoo Jae-suk diberi misi untuk meloloskan diri bersama keretanya yang dihalang oleh pelbagai isu kereta lain dalam masa 100 minit.

yoo jaesuk play yoo

Antara komen yang ditinggalkan penonton,

Buat baik dengan Na Kyung-eun (isteri Yoo Jae-suk).

Jawab lelaki itu tersipu malu,

Saya sedang cuba melakukan yang terbaik buatnya. Tapi dia ada tak puas hati dengan saya. Tahu kan bagaimana tingkah laku pasangan berkahwin?

Yoo Jae-suk turut meluahkan rasa kecewa dengan Jo Se-ho, Lee Mi-joo, Jun So-min, Lee Kwang-soo dan Ji Suk-jin kerana tidak menyertai siaran langsung bersama “Play Yoo”.

yoo jaesuk play yoo

Pun begitu, CEO agensinya iaitu Yoo Hui-yeol dilihat menyertai program itu. Kata Yoo Jae-suk,

Kenapa setiap kali saya melihat, tiada yang lain melainkan Yoo Hui-yeol? Kenapa dia asyik memerhatikan gerak geri saya?

Korang dah layan ke episod pertama “Play Yoo”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...