Ikuti Kami:

“Saya Guna RM3 Saja Untuk Makan” – Daniel Henney Kongsi Pernah Susah Dulu

“Saya Guna RM3 Saja Untuk Makan” – Daniel Henney Kongsi Pernah Susah Dulu

Pelakon hebat Daniel Henney rupanya pernah hadapi masalah kewangan? Biar betul…

Baru-baru ini, Daniel Henney mula menjadi sebutan selepas dia merupakan salah seorang teraju utama bagi filem sekuel “Confidential Assignment 2: International”.

Tampil dalam program rancangan hiburan MBC, “The Manager”, Daniel Henney turut berkongsi bahawa dia pernah ‘sengkek’ suatu ketika dahulu. Dalam episod rancangan itu, Daniel Henney dan juga pengurusnya melawat satu ladang yang mana kesemua pekerjanya terdiri daripada golongan kurang upaya. daniel henneySelesai saja kerja sukarelawan mereka, Daniel Henney dan pengurusnya duduk makan bersama. Mereka berdua juga sempat mengimbas kembali detik suatu ketika dahulu ketika Daniel menghadapi masalah kewangan.

Walaupun sering tampil di skrin dengan membawa watak yang hebat seperti seorang agen FBI, watak golongan elit dan sebagainya, nyata ia tidak sama dengan realiti kehidupan Daniel Henney. martinPengurusnya, Martin berkata, Daniel Henney pernah membeli sebungkus burito yang berharga 1000 won (RM3.29) dan membahagikan burito itu kepada beberapa bahagian untuk disimpan selama 3-4 hari.

Daniel Henney menyambung,

Saya perlu menghabiskan masa selama 3 tahun di universiti namun kedua ibu saya tidak mempunyai wang yang mencukupi. Ayah saya seorang pekerja kilang dan ibu saya seorang jururawat. 

Dia turut berkata,

Walaupun hampir kesemua aset sudah dijual oleh ibu dan ayah saya, ianya masih belum mencukupi. Jadi saya berhenti belajar dan mula menjadi seorang model. 

daniel henneyDaniel Henney juga pernah berkerja di sebuah kedai pakaian dan dia hanya menggunakan wang sebanyak 55,000 won (RM181) untuk membeli makanan dan wang selebih dari gajinya terus menjadi simpanan.

Martin walaubagaimanapun, tetap memuji Daniel Henney kerana masih memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan dan masih melakukan kerja sukarelawan walaupun sudah berjaya.

Bagusnya Daniel Henney…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...