Ikuti Kami:

“Saya Gila..” – Lee Dohyun Dedah Pernah Berpisah Dengan Teman Wanita Demi Lakonan

“Saya Gila..” – Lee Dohyun Dedah Pernah Berpisah Dengan Teman Wanita Demi Lakonan

Lee Do-hyun sememangnya seorang pelakon yang berdedikasi dalam aktiviti lakonannya.

Umum pasti mengetahui bahawa Lee Do-hyun sedang menjalinkan hubungan dengan rakan pelakonnya dari “The Glory” iaitu Lim Ji-yeon, mengejutkan ramai orang.

Dengan kehidupan cintanya kini, temu bual Lee Do-hyun pada 2019 yang lalu telah kembali menjadi bualan, di mana dia berkongsi tentang kerjaya dan kehidupannya.

Khususnya, pelakon lelaki itu ada berkata bahawa dia jarang menonton projek lakonannya, kerana dia tahu dia boleh berlakon lebih baik tetapi tidak boleh berbuat apa-apa mengenainya. Bukan itu sahaja, dia juga tidak akan melihat komen pujian pada lakonannya dek tidak mahu menjadi besar kepala.

lee dohyun

Kemudian, Lee Do-hyun juga mendedahkan bahawa dia pernah berpisah dengan teman wanitanya bagi mendalami watak untuk lakonannya. Jelasnya,

Pada saya, lakonan adalah keutamaan nombor satu saya. Saya juga pernah berpisah dengan teman wanita saya kerana berlakon. Watak saya dalam projek itu adalah seseorang yang membawa kesakitan selepas kehilangan wanita yang dicintainya. Jadi, saya berpisah dengannya untuk lebih mendalami watak itu. Saya benar-benar tidak tahu mengapa saya melakukan seperti itu..

Apabila ditanya berapa umurnya ketika situasi tersebut berlaku, pelakon “18 Again” itu menjawab,

Saya fikir saya berumur kira-kira 21 atau 22. Sudah tentu, teman wanita saya tidak faham dan bertanya sama ada saya gila tetapi lakonan diutamakan untuk saya ketika itu. Namun, projek itu akhirnya gagal. Bagaimanapun, saya rasa saya banyak berkembang melalui percubaan dan kesilapan seperti ini.

lee dohyun

Wuu siapalah bekas teman wanita Lee Do-hyun tu?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...