Pasti ramai kan yang terkejut tonton plot cinta tak dijangka antara Ahn Hyo-seop dan Rowoon dalam “A Time Called You”?
Baru-baru ini, Ahn Hyo-seop telah terlibat dengan satu temu bual, susulan tayangan dramanya “A Time Called You”. Ketika sesi temu bual, pelakon itu bercakap tentang babak mesranya bersama Rowoon dalam drama berkenaan.
Pada awalnya, dia menjelaskan tentang persahabatannya bersama Rowoon dengan berkata,
Rowoon adalah kawan rapat. Saya selalu berkata kepadanya ‘Mari bekerjasama dalam satu projek suatu masa nanti’. Pada masa itu, penampilan istimewa diperlukan jadi saya memberi cadangan kepada pihak produksi dan dengan sopan bertanya Rowoon juga.
Jelasnya lagi mengenai wataknya yang harus jatuh cinta kepada watak Rowoon sebagai Tae-ha,
Memang janggal pada mulanya. Kami rapat tetapi ini kali pertama kami bertemu di set. Tetapi ada beberapa babak agak tidak selesa dan sukar untuk menonton di skrin. Kami begitu menjiwai watak ketika berlakon. Tetapi selepas pengarah sebut ‘cut’, saya rasa geram kerana saya terlampau menjiwai watak. Ia hanya gurauan. Saya seronok merakamnya.
Comel la dorang ni!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.