Ikuti Kami:

“Saya Gementar” – V BTS Bakal Debut Solo, Bekerjasama Dengan Penerbit Popular Ini

“Saya Gementar” – V BTS Bakal Debut Solo, Bekerjasama Dengan Penerbit Popular Ini

Selepas Jung-kook, V adalah ahli BTS yang seterusnya akan debut sebagai penyanyi solo!

Pada 2 Ogos, BigHit Music telah mengumumkan bahawa V sedang dalam proses mengerjakan album solo pertamanya. Meluahkan rasa terujanya, lelaki itu berkata,

Saya gementar tetapi gembira. Album ini penuh dengan citarasa saya dan akan ada banyak untuk dilihat.

Selain itu, V juga akan bekerjasama dengan Min Hee-jin iaitu CEO kepada NewJeans, untuk keluaran lagu solonya ini. Penerbit Min Hee-jin memberitahu,

Saya menerima tawaran pada hujung tahun lepas. Pada mulanya, saya teragak-agak kerana jadual padat tetapi saya dapat lihat sikap dan semangat V. Dari gaya yang biasa, saya menumpukan pada muzik yang kami ingin hasilkan dan muzik yang boleh kita lakukan dengan baik. Kami sangat sibuk tetapi saya rasa karya yang menarik akan muncul.

v bts solo

Sementara itu, butiran lanjut mengenai tarikh keluaran album solo V masih belum diumumkan lagi setakat ini.

Sama-sama kita tunggu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...