Ikuti Kami:

“Saya Amat Kecewa..” – Syed Saddiq Dedah Sebab Idola K-Pop Sukar Adakan Konsert Di Malaysia

“Saya Amat Kecewa..” – Syed Saddiq Dedah Sebab Idola K-Pop Sukar Adakan Konsert Di Malaysia

Agak-agaknya kenapa ada beberapa kumpulan K-Pop yang masih tidak datang ke Malaysia untuk mengadakan konsert eh?

Terbaru dalam satu podcast di akaun TikTok ‘The Takeaway Table’, Syed Saddiq telah tampil sebagai tetamu dan mendedahkan sebab ramai artis luar negara tidak melakukan konsert di Malaysia.

Pada awalnya, bekas Menteri Belia dan Sukan itu memberitahu,

Ia menyedihkan. Sama ada Coldplay atau Taylor Swift, kita harus membuka pintu kita kepada dunia kerana apabila mereka memilih Malaysia sebagai destinasi pilihan, ini bermakna Malaysia juga menjadi destinasi pilihan pelancongan hiburan. Saya risau kerana saya melihat nilai dalam pelancongan hiburan.

Kemudian, Syed Saddiq turut mendedahkan tentang cukai hiburan yang melibatkan penganjur konsert,

Yang ini saya sangat kecewa. Semasa berkhidmat sebagai Menteri Belia dan Sukan, antara perkara pertama saya lakukan adalah mengetepikan cukai hiburan apabila acara dianjurkan di Axiata Arena, Bukit Jalil atau Litar Antarabangsa Sepang. Selain biro, Malaysia mempunyai 25% cukai hiburan. Awak rasa mudah ke untuk penganjur konsert ini menjana wang, dengan cukai sebanyak itu?

Ohh patutlah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...