Ikuti Kami:

“Wang Pendahuluan Tinggi” – Syed Saddiq Akui Hampir Berjaya Bawa BTS Ke Malaysia

“Wang Pendahuluan Tinggi” – Syed Saddiq Akui Hampir Berjaya Bawa BTS Ke Malaysia

Para ARMY tempatan pastinya menantikan kepulangan BTS ke Malaysia selepas tahun 2014 kan?

Walau bagaimanapun, setakat ini masih belum ada kesempatan buat kumpulan idola paling popular di dunia itu untuk mengadakan konsert mahupun perjumpaan di sini.

Dalam satu podcast di akaun TikTok ‘The Takeaway Table’, Syed Saddiq yang pernah memegang jawatan menteri dalam kabinet pada suatu ketika dahulu telah mendedahkan sedikit kejadian berkaitan BTS yang dikatakan sepatutnya mengadakan konsert pada ketika itu.

Setiap kali ada mesyuarat, soalan utama yang diajukan mestilah ‘Bila nak bawa BTS ke Malaysia?’ Pada ketika itu, kami sudah hampir berjaya membawa mereka ke sini.

bts malaysia

Jelasnya,

Kami sudah ada perjanjian. Untuk membawa BTS, kami perlu sedikan amaun wang pendahuluan yang agak tinggi. Tapi kami yakin 110%, yang kami akan mendapat kembali wang tersebut selepas mereka ke sini. Namun COVID menyerang pada 2020.

Ulas Syed Saddiq, agak sukar untuk membawa BTS ke sini lagi buat masa ini memandangkan beberapa ahli sedang menjalani latihan ketenteraan kini.

Semoga mereka datang nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...