Ikuti Kami:

“Saya Gementar Sebab..”- Jeon Sonee Kongsi Kisah Persahabatan Dengan Song Hyekyo

“Saya Gementar Sebab..”- Jeon Sonee Kongsi Kisah Persahabatan Dengan Song Hyekyo

Tak sangka persahabatan Jeon So-nee dan Song Hye-kyo begitu akrab sekali.

Baru-baru ini, Jeon So-nee telah di temu bual di sebuah kafe untuk filem “Soulmate” yang akan ditayangkan pada 15 Mac ini

Untuk maklumat, filem “Soulmate” diadaptasi dari China dengan nama yang sama, akan memaparkan kegembiraan, kesedihan, cinta, dan kerinduan yang dikongsi bersama dua sahabat baik ketika usia remaja.

Sebelum ini, pelakon Song Hye-kyo telah berkongsi bahawa dia menonton pratonton VIP filem “Soulmate” melalui Instagram.

song hyekyo dan jeon sonee

Ketika sesi temu bual, Jeon So-nee berkata,

Hye-kyo menyatakan filem tersebut bagus kerana ia meninggalkan kesan buatnya. Dia juga memberitahu saya bahawa dia sentiasa teringat akan filem tersebut kerana dia begitu menyukainya.

Sementara itu, Song Hye-kyo dan Jeon So-nee mula berkawan menerusi drama “Encounter” pada tahun 2018 dan masih rapat sehingga ke hari ini.

Malah pelakon itu memuji cara Song Hye-kyo melakukan babaknya dalam drama “Encounter” dan bagaimana dia menjaga kru produksi pada ketika itu. Jelas Jeon So-nee,

Pada masa itu, penampilan Song Hye-kyo dalam drama ‘Encounter’ sangat hebat. Dia menjaga kru produksi dan pelakon lain dengan cara yang menceriakan serta mempunyai semangat kepimpinan.

jeon sonee dan song hyekyo

Tambahan pula, Jeon So-nee turut memberitahu bagaimana mereka berdua menjadi begitu rapat selepas drama “Encounter” tamat. Kongsinya,

Ada banyak perkara yang saya ingin bertanya apabila saya bertemu dengan Song Hye-kyo dalam drama ‘Encounter’ tetapi pada masa itu, saya agak gementar disebabkan drama tersebut adalah drama pertama saya. Jadi, saya perlu mendapatkan keberanian selepas penggambaran itu tamat. Kemudian, Song Hye-kyo telah membuka hatinya untuk saya dan membuatkan saya dapat berkawan dengan dia

Ala.. comel betul kisah Song Hye-kyo dan Jeon So-nee mula berkawan.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...