Utama Filem Korea Diadaptasi Dari Filem Popular China, Kim Dami & Jeon Sonee Terajui Filem...

Diadaptasi Dari Filem Popular China, Kim Dami & Jeon Sonee Terajui Filem ‘Soulmate’

filem Soulmate

Ada tak di antara korang tahu tentang filem “Soulmate” versi China?

“Soulmate” merupakan sebuah filem yang diadaptasi dari China dengan nama yang sama. Ia memaparkan kegembiraan, kesedihan, cinta, dan kerinduan yang dikongsi bersama dua sahabat baik ketika usia remaja.

Untuk maklumat korang, Kim Da-mi dan Jeon So-nee memainkan watak dua kawan baik yang akan mengatasi semua halangan bersama-sama, dan Byun Woo-seok melakonkan peranan seorang lelaki yang terlibat dalam kehidupan mereka berdua pada ketika itu.

Gandingan dua pelakon dalam poster baharu itu mempamerkan semangat kesetiaan kepada rakan dan memberi sentuhan nostalgia untuk filem itu.

Soulmate filem Kim Dami

Selain itu, ayat di dalam poster turut ditulis,

Pada masa kami bersinar paling terang, kami akan bersama-sama.

Sedikit info, filem “Soulmate” ini akan menemui korang pada bulan Mac nanti.

Tak sabar nak tonton filem ni tau!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERSports Chosun
Loading...