Ikuti Kami:

Pertama Kali Digandingkan, Park Hyungsik & Jeon Sonee Jadi Teraju Utama ‘Youth Monthly Talk’

Pertama Kali Digandingkan, Park Hyungsik & Jeon Sonee Jadi Teraju Utama ‘Youth Monthly Talk’

Park Hyung-sik bakal bergandingan bersama Jeon So-nee? Wah gandingan baru ni!

Tahun lalu, dua pelakon ini pernah dikatakan bakal tampil sebagai gandingan dalam drama terbaru tvN, “Youth Monthly Talk”. Namun, perkara itu kini disahkan, yang mana pelakon Park Hyung-sik dan Jeon So-nee akan menjadi teraju utama bagi drama itu dan ianya bakal mula bersiaran pada Februari akan datang. park hyungsik“Youth Monthly Talk” mengisahkan tentang seorang putera raja, Putera Mahkota Lee Hwan, yang menderita akibat sumpahan misteri dan seorang wanita genius Min Jae-yi, yang dituduh membunuh ahli keluarganya. Percintaan mereka berkembang melalui proses lelaki menyelamatkan wanita daripada tuduhan palsunya dan wanita menyelamatkan lelaki itu daripada sumpahan.

Pihak produksi juga sempat berkongsi,

Park Hyung-sik dan Jeon So-nee mempunyai keserasian dan tenaga yang seimbang antara satu sama lain, jadi saya rasa mereka mampu untuk menimbulkan aura dan menghidupkan karakter masing-masing dengan baik. 

“Youth Monthly Talk” ini dijangka akan mula bersiaran pada 6 Februari 2023. Nantikan okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...