Ikuti Kami:

Kisah 2 Orang Doktor, Park Shinhye & Park Hyungsik Dilamar Terajui Drama ‘Doctor Slump’

Kisah 2 Orang Doktor, Park Shinhye & Park Hyungsik Dilamar Terajui Drama ‘Doctor Slump’

Nampaknya, penonton berkemungkinan akan dapat lihat gandingan Park Shin-hye bersama Park Hyung-sik dalam sebuah drama!

Terbaru pada 30 November, agensi Park Shin-hye dan Park Hyung-sik telah mengumumkan bahawa kedua pelakon itu telah dilamar terajui drama “Doctor Slump”, dan sedang mempertimbangkannya secara positif kini.

Untuk pengetahuan, “Doctor Slump” mengikuti kisah dua watak utama yang berada dalam kemerosotan selepas berhenti kerja sebagai doktor, dan kemudian tinggal di bilik atas bumbung.

Jika mereka menerima tawaran ini, Park Shin-hye akan memainkan watak Ha-neul, seorang yang keluar dari hospital selepas dibuli oleh profesor perubatan. Manakala Park Hyung-sik ditawar membawa watak Jeong-woo, seorang pakar bedah plastik yang berjaya tetapi terperangkap dalam kemalangan dan muflis.

park shinhye park hyungsik

Dalam pada itu, “Doctor Slump” dijangka akan disiarkan pada separuh kedua 2023 selepas selesai memutuskan semua barisan pelakon.

Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...