Ikuti Kami:

“Saya Gementar..” – Drama Pertama Lepas Berkahwin Dengan Lee Seunggi, Lee Dain Luah Perasaan

“Saya Gementar..” – Drama Pertama Lepas Berkahwin Dengan Lee Seunggi, Lee Dain Luah Perasaan

Lee Da-in akan kembali menemui penonton buat kali pertama selepas berkahwin!

Pada 4 Ogos, Lee Da-in telah menghadiri sidang akhbar untuk drama barunya berjudul “My Dearest.

Untuk pengetahaun, “My Dearest” yang dibintangi oleh Namgoong Min, Ahn Eun-jin, Lee Hak-joo, Lee Da-in, Kim Yoon-woo, mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah mengisytiharkan bahawa dia tidak akan jatuh cinta namun, terpikat dengan seorang wanita yang mengimpikan cinta semula walaupun selepas dua perkahwinan yang gagal.

Ketika sesi temu bual, Lee Da-in berkongsi perasaannya membuat kemunculan semula dalam sebuah drama, selepas berkahwin dengan Lee Seung-gi. Dia berkata,

Selalu ada tekanan setiap kali saya melakukan projek baru tetapi dengan ‘My Dearest’, saya berasa lebih terbeban dan gementar berbanding sebelum ini kerana ia adalah penampilan pertama saya dalam tiga tahun serta projek pertama selepas berkahwin.

lee dain my dearest

Tambah wanita itu lagi,

Semua pelakon mencipta suasana yang menyenangkan dan itulah sebabnya saya dapat berlakon dengan lebih selesa.

Sementara itu, episod pertama “My Dearest” akan mula ditayangkan pada 4 Ogos ini. Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...