Ikuti Kami:

(FOTO) Hari Penuh Bahagia, Lee Seunggi & Lee Dain Kongsi Foto Di Majlis Perkahwinan

(FOTO) Hari Penuh Bahagia, Lee Seunggi & Lee Dain Kongsi Foto Di Majlis Perkahwinan

Pasti ramai yang turut bergembira apabila melihat Lee Seung-gi dan Lee Da-in telah selamat menjadi pasangan suami isteri semalam.

Untuk pengetahuan, Lee Seung-gi dan Lee Da-in telah melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada 7 April, di Hotel Grand InterContinental Seoul Parnas di Samseong-dong, Gangnam-gu, Seoul.

Terbaru, agensi Lee Seung-gi telah berkongsi beberapa foto di hari bahagia kedua pelakon itu. Tulis mereka,

Lee Seung-gi dan Lee Da-in mengadakan perkahwinan mereka dengan mendapat restu dari orang rami pada 7 April. Terima kasih sekali lagi atas segala ucapan.

Dalam foto yang dikongsi, Lee Da-in dilihat memegang sejambak bunga dengan tersenyum cerah manakala suaminya Lee Seung-gi memakai tuksedo, bergambar sambil mencium dahi isterinya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @byhumanmade

Selain itu, wanita tersebut juga memautkan tangan dengan suaminya, terselah kebahagiaan di wajah mereka.

Sementara itu, majlis perkahwinan Lee Seung-gi dan Lee Da-in telah dihadiri ramai rakan selebriti seperti Han Hyo-joo, Bae In-hyuk, Lee Se-young, Cha Eun-woo, Lee Da-hae, Yang Se-hyung, Ahn Eun-jin dan ramai lagi.

Tahniah sekali lagi!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...