Ikuti Kami:

Kahwin Esok, Lee Seunggi & Lee Dain Dilapor Tak Akan Pergi Berbulan Madu

Kahwin Esok, Lee Seunggi & Lee Dain Dilapor Tak Akan Pergi Berbulan Madu

Akhirnya, hari gembira Lee Seung-gi dan Lee Da-in akan tiba tak lama lagi!

Terbaru menurut laporan, Lee Seung-gi dan Lee Da-in telah memutuskan untuk tidak pergi berbulan madu, selepas berkahwin pada 7 April ini.

Hal ini kerana, kedua-kedua pelakon itu ingin memberi tumpuan kepada pekerjaan utama mereka dan bukannya pergi berbulan madu.

Khususnya, Lee Seung-gi akan memulakan konsert jelajah Asianya pada bulan Mei ini, bermula di Seoul, Tokyo, Osaka, Kuala Lumpur dan banyak lagi.

lee dain lee seunggi

Kemudian Lee Da-in juga akan memulakan penggambaran drama baru MBC “Lovers”, iaitu kemunculannya semulanya ke skrin kecil dalam 3 tahun selepas “Alice”.

Sementara itu, pasangan tersebut akan mengadakan majlis perkahwinan di sebuah hotel di Seoul pada 7 April ini dan akan diacarakan oleh Yoo Jae-suk serta Lee Soo-geun.

Takpelah, honeymoon bila-bila pun boleh kan..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...