Watak Lee Yoo-mi dalam “All Of Us Are Dead” memang memberi impak yang hebat kan?
Terbaru, semasa temu bual bersama Hankook Ilbo, Lee Yoo-mi mengulas soal wataknya yang jahat dalam “All of Us Are Dead”. Wataknya sebagai Na-yeon terbukti telah berjaya menimbulkan kemarahan penonton di seluruh dunia, melalui peranannya sebagai seorang yang mementingkan diri dan elitis. Menurutnya,
Sejujurnya saya berfikir sendiri semasa berlakon, bahawa Na-yeon dan saya sangat berbeza. Namun, saya seronok memikirkan idea yang berbeza untuk watak itu semasa penggambaran.
Malangnya, satu kelemahan memainkan watak penjahat ialah komen kebencian yang tidak dapat dielakkan selepas pelakon memainkan peranan itu. Bagaimanapun, Lee Yoo-mi berkongsi bahawa dia tidak kecewa dengan komen sedemikian malah, dia sebenarnya suka membacanya.
Saya jenis yang, jika saya ingin tahu, saya akan membaca semua respon dalam satu masa. Saya tidak terluka dengan melihat komen kebencian. Saya juga berasa gembira apabila saya dibenci. Kerana saya fikir mendapat kebencian bermakna saya melakukan kerja yang baik dalam lakonan dan berjaya menggambarkan emosi watak saya.
Tambahnya,
Mungkin kedengaran jahat bahawa saya berasa gembira, tetapi ada kegembiraan tertentu dalam perasaan saya, seperti saya boleh melihat kembali lakonan saya sendiri dan mencari ketenangan.
Benci watak je tau, jangan benci Lee Yoo-mi pulak.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.