Ikuti Kami:

“Saya Fikir Tiap Emosi & Dialog” – Rating ‘Doctor Lawyer’ Menaik, Lakonan So Jisub Dibanjiri Pujian

“Saya Fikir Tiap Emosi & Dialog” – Rating ‘Doctor Lawyer’ Menaik, Lakonan So Jisub Dibanjiri Pujian

Sudah beberapa episod ke udara, rata-rata penonton berpuas hati dengan plot dan lakonan teraju utama “Doctor Lawyer”.

Antara nama yang menjadi sebutan ramai ialah So Ji-sub dek persembahan beremosi sebagai peguam bernama Han Yi-han.

Dalam episod ke-5, Han Yi-han mendedahkan rahsia kematian Geum Seok-ju pada kakaknya, Geum Seok-young (Im Soo-hyang). Malah dia turut memaparkan sisi lembut semasa melawat anak didiknya Choi Yo-seop (Lee Seung-woo) dan mengharapkan agar lelaki itu tidak melakukan kesilapan yang sama.

so jisub doctor lawyer

Akui So Ji-sub mengenai wataknya,

Saya mahu menyampaikan sisi tanggungjawab Yi-han dan persona manusianya buat penonton. Saya memikirkan setiap ekspresi dan dialog dengan berhati-hati.

Untuk pengetahuan, “Doctor Lawyer” membawa kisah seorang pakar bedah genius yang menjadi peguam penyelewengan perubatan selepas kehilangan semuanya dek pembedahan yang dipalsukan serta seorang pendakwa raya Jabatan Jenayah Perubatan yang kehilangan keluarga dan orang tersayang dalam pembedahan itu. Bersama-sama, mereka menghukum sesiapa yang mempercayai bahawa nyawa seseorang dinilai menerusi harta dan kuasa, selain memujuk keluarga mangsa yang tidak bernasib baik.

Memang best “Doctor Lawyer”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...