Ramai yang menantikan drama comeback So Ji-sub kan?
Sinopsis
Drama ini membawa kisah seorang pakar bedah genius yang menjadi peguam penyelewengan perubatan selepas kehilangan semuanya dek pembedahan yang dipalsukan serta seorang pendakwa raya Jabatan Jenayah Perubatan yang kehilangan keluarga dan orang tersayang dalam pembedahan itu. Bersama-sama, mereka menghukum sesiapa yang mempercayai bahawa nyawa seseorang dinilai menerusi harta dan kuasa, selain memujuk keluarga mangsa yang tidak bernasib baik.
Dari doktor ke peguam
[Amaran SPOILER]
Seorang doktor yang hebat dan disegani ramai, hidup Han Yi-han (So Ji-sub) berubah 100% apabila dijadikan ‘kambing hitam’ satu kesilapan perubatan hingga membawa maut di mana ia bukanlah kesalahannya. Lebih menyayat hati apabila pesakit yang meninggal dunia itu ialah adik kekasihnya, Geum Seok-young (Im Soo-hyang).
Ditikam belakang oleh rakan sekerja lain, Han Yi-han terpaksa mengakui kesalahan tersebut dan melepaskan kekasihnya apabila diugut oleh Pengerusi Gu agar menutup mulut mengenai pembedahan rahsia untuk pemindahan jantung melibatkan seorang VIP.
5 tahun berlalu, Han Yi-han kembali sebagai seorang peguam dan bertemu semula dengan Geum Seok-young yang bencikan doktor melakukan kesilapan perubatan dalam satu kes yang sama. Apakah yang akan terjadi dan apa yang berlaku sepanjang 5 tahun kehilangan Han Yi-han? Nantikan.
Rating baik
Untuk episod awal ini, “Doctor Lawyer” berjaya menawan hati penonton dek plotnya yang memukau. Malah ia mencatatkan rating yang baik iaitu 5.2% untuk episod pertama sebelum menurun ke 4.2% dalam episod seterusnya.
Ada yang dah tengok ke? Kalau belum, tonton “Doctor Lawyer” di Disney+ sekarang!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.