“Saya Fikir Hanya Jadi Kenangan..” – Son Sukku Dedah ‘My Liberation Notes’ Masih Beri Kesan Hebat
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Siapa sangka, tuah Son Suk-ku nampaknya terletak dalam drama “My Liberation Notes”.
Pada 29 Jun, Son Suk-ku telah memuat naik dua fotonya dari watak dalam “My Liberation Notes” di Instagram peribadi miliknya. Pelakon itu turut menulis kapsyen,
Tidak lama dahulu, saya bercakap dengan pengarah JTBC Shin Ye-ri tentang ‘My Liberation Notes’ dan ‘Mr. Gu’ di saluran yang dipanggil ‘All Night Talk’.
Selain penonton yang masih belum ‘move on’ dari “My Liberation Notes”, Son Suk-ku yang makin menjadi perhatian melalui naskhah ini turut berkongsi perasaan jujurnya selepas siri ini tamat. Jelasnya dalam entri sama yang dikongsi,
Saya fikir ia sudah menjadi kenangan, tetapi semakin saya bercakap mengenainya, semakin saya rasa merinding tentang betapa jelasnya saya ingat.
Salah satu drama yang paling seronok tahun ini.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.





