Ikuti Kami:

“Saya Fikir Dia Tak Kenal Saya” – Han Jieun Kongsi Pandangan Mengenai Gong Hyojin

“Saya Fikir Dia Tak Kenal Saya” – Han Jieun Kongsi Pandangan Mengenai Gong Hyojin

Pelakon Han Ji-eun berkongsi pandangan mengenai gandingannya dalam “Ask The Stars”.

Selepas merakamkan penggambaran bagi “Stock Struck”, Han Ji-eun kini menjalani penggambaran bagi “Ask The Stars bersama Lee Min-ho dan Gong Hyo-jin.

Melihat kepada dua gandingan hebatnya, Han Ji-eun juga sempat berkongsi beberapa pandangannya mengenai mereka. Dia berkata,

Saya pernah berkerjasama dengan Gong Hyo-jin sekali menerusi drama “Door Lock”. Saya fikir dia tidak akan mengenali saya kerana kami berkerjasama dalam masa yang singkat, tapi ketika sesi pembacaan skrip untuk “Ask The Stars”, dia mengenali saya. Saya sangat terkejut ketika itu, sebab itu saya kini ‘real fan’ dia. Saya dah faham kenapa semua orang menggelarnya ‘Gongvely’. Dia seorang pelakon yang boleh menghandali pelbagai aspek. Saya rasa dia amat teliti dalam setiap pemilihan watak diri sendiri dan orang lain juga.

gong hyojinMenjurus kepada kredibiliti seniornya, Han Ji-eun juga mahu terus mencuba tanpa henti.

Saya mahu mencuba genre romantik bersama pelakon senior Lee Byung-hun. Lakonan pelakon Koo Kyo-hwan juga sangat bagus menerusi “D.P” dan saya juga ingin berkerjasama dengan pelakon Park Hae-il. Dia kelihatan seperti seorang pelakon yang hebat melakonkan watak baik dan juga jahat. Mungkin akan kelihatan atau kedengaran pelik, tapi ada pandangan yang hebat, seksi dan juga ‘jahat’ dalam matanya. 

Walaupun dia ingin berkerja keras, namun dia juga sedar kepentingan untuk dia kekalkan kesihatannya fizikal dan mental.

Saya sentiasa ingin amalkan kehidupan yang sihat dan saya sedang belajar untuk mengamalkannya satu demi satu. Saya rasa bila ada kehidupan yang sihat, saya juga akan ada masa untuk ada hobi baru. Saya dah mula belajar main golf, dan juga saya mula melukis. Saya juga sekarang tengah mengusahakan lirik bagi OST “Stock Struck”. Seorang pelakon mesti ikhlas untuk menjadi pelakon yang hebat. Saya akan cuba berikan semuanya yang terbaik. 

han jieunTak sabarnya untuk tengok drama baru Han Ji-eun!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...