Ikuti Kami:

13 Tahun Selepas ‘Sisters On The Road’, Shin Minah & Gong Hyojin Papar Hubungan Rapat

13 Tahun Selepas ‘Sisters On The Road’, Shin Minah & Gong Hyojin Papar Hubungan Rapat

Baru-baru ini, Shin Min-ah dan Gong Hyo-jin telah bekerjasama untuk penggambaran dan temu bual buat majalah Vogue Korea.

Dalam foto penggambaran yang dikeluarkan, Shin Min-ah dan Gong Hyo-jin nampak akrab seperti adik-beradik sebenar. Comel sangat!

Untuk pengetahuan, kedua pelakon itu pernah sama-sama membintangi filem “Sisters on the Road” yang dikeluarkan pada 2009. Selepas 13 tahun, mereka nampaknya masih kekal rapat sehingga kini.

Ketika sesi temu bual, Gong Hyo-jin berkongsi perasaannya menonton tayangan versi remaster digital filem “Sisters on the Road”. Dia meluahkan,

Saya sekali lagi merasakan bahawa tidak banyak filem feminis pada masa itu. Saya fikir filem yang bagus harus dikekalkan untuk masa yang lama, dan saya gembira kerana saya bekerja dengan Shin Min-ah dalam kerja sedemikian.

sisters on the road

Kongsinya lagi,

Menonton filem yang ditayangkan lama dahulu sekali lagi adalah sangat menegangkan. Perkara yang menyedihkan ialah saya tidak boleh duduk dengan selesa kerana saya takut orang akan melihat saya. Bagaimanapun, ia amat berharga kerana ia mungkin peluang terakhir untuk menonton ‘Sisters on the Road’ pada skrin. Apabila ‘Sisters on the Road’ ditayangkan di teater, saya mahu menontonnya secara rahsia.

Kemudian, Shin Min-ah turut mengimbas kembali sewaktu menjalani penggambaran untuk filem tersebut. Jelasnya,

Ketika penggambaran filem ‘Sisters on the Road’, saya mempunyai banyak minat untuk berlakon dan ingin menunjukkan pelbagai aspek. Salah seorang daripada mereka ialah peranan Myung-eun dalam ‘Sisters on the Road’.

gong hyojin shin minah

Comel dua-dua!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...