Ikuti Kami:

Tahniah! Gong Hyojin & Kevin Oh Bakal Berkahwin Oktober Ini

Tahniah! Gong Hyojin & Kevin Oh Bakal Berkahwin Oktober Ini

Nampaknya, Gong Hyo-jin dan Kevin Oh bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi!

Pada 17 Ogos, satu media melaporkan bahawa Gong Hyo-jin dan Kevin Oh akan melangsungkan perkahwinan mereka pada Oktober ini di New York.

Berikutan itu, agensi bagi pelakon tersebut memberi respon,

Helo, ini Management Soop.

Kami ingin berkongsi berita tentang pelakon Gong Hyo-jin. Gong Hyo-jin dan Kevin Oh akan memulakan bahagian baru dalam kehidupan mereka bersama.

Mengikut kehendak kedua-duanya, perkahwinan mereka akan diadakan secara tertutup pada bulan Oktober ini dengan hanya keluarga mereka.

Kami meminta pemahaman anda bahawa kami tidak dapat memberitahu anda secara terperinci. Kami memohon restu dan galakan anda untuk masa depan mereka berdua, yang akan mengambil langkah berharga mereka ke lembaran baru dalam hidup.

Terima kasih.

kevin oh gong hyojin

Untuk pengetahuan, Gong Hyo-jin dan Kevin Oh telah mengesahkan hubungan mereka pada April lalu.

Tahniah buat pasangan ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...