Ikuti Kami:

“Saya Ditinggalkan..” – Go Younjung Perjelas Sebab Nampak Gementar & Panik Di Karpet Merah

“Saya Ditinggalkan..” – Go Younjung Perjelas Sebab Nampak Gementar & Panik Di Karpet Merah

Pasti susah kan untuk setiap orang mengawal emosinya sendiri?

Begitu juga dengan Go Youn-jung yang sebelum ini pernah tampil dengan ekspresi ‘kosong’ dan gementar di karpet merah “59th Baeksang Arts Awards”.

Dalam program hiburan “Salon Drip 2” di YouTube, pelakon wanita itu menjelaskan mengenai sebab dia kelihatan begitu takut dan menggigil di acara berkenaan,

Majlis anugerah pertama saya ialah ‘Blue Dragon Film Awards’ dan saya masih ingat ketakutan ketika itu. Tetapi ia diadakan pada waktu malam dan saya dibutakan oleh flash kamera jadi ia berjalan dengan baik. Saya hanya fokus untuk tidak tersadung di atas karpet merah.

Jelas Go Youn-jung lagi,

Saya tidak gementar sama sekali sehingga tiba di situ. Seorang pengawal keselamatan dari acara itu membuka pintu kereta dan memberitahu saya bahawa sudah tiba masanya untuk pergi. Dia luar masih cerah dan terdapat terlalu ramai orang. Akhirnya, kereta  itu terpaksa beredar dan saya ditinggalkan keseorangan jadi saya gementar.

Akhir sekali, Go Youn-jung memberitahu bahawa ahli pelakon “Moving” memberikan sokongan kepadanya dengan menghantar mesej pada hari tersebut.

Risau tau peminat tengok Go Youn-jung waktu tu..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...