Ikuti Kami:

“Saya Dir*gol Ketika Umur 6 Tahun..” – Kesal Sering Dipersalahkan, DJ Soda Buat Pendedahan Mengejut

“Saya Dir*gol Ketika Umur 6 Tahun..” – Kesal Sering Dipersalahkan, DJ Soda Buat Pendedahan Mengejut

Baru-baru ini, DJ Soda mendedahkan bahawa dia pernah diserang secara seksual semasa kecil.

Pada 22 Ogos, DJ Soda telah memuat naik satu hantaran di Instagram, meluahkan perasaan selepas diserang secara seksual ketika persembahannya di sebuah acara muzik di Jepun. Dia memulakan dengan berkata,

Tidak ada kaitan antara pakaian dan penjenayah seksual. Jangan sesekali menjadikan mangsa sebagai masalah. Puncanya adalah dari pelaku bukan pakaian seksi.

Kemudian, wanita itu meneruskan lagi dengan mendedahkan tentang satu perkara yang sudah lama dia simpan sebagai rahsia,

Semasa saya berumur 6 tahun, kedua ibu bapa saya bekerja dan saya berada di rumah bersendirian dan dirogol oleh perompak. Pada masa itu, saya berbohong kepada ibu bapa saya dan mengatakan bahawa saya hampir dirompak tetapi saya tidak membuka pintu kerana takut mereka cedera. Hal itu menyebabkan saya mengalami mutisme dan saya telah meneruskan hidup saya tanpa memberitahu sesiapa mengenainya.

Sambungnya lagi,

Sekarang, saya tidak mahu mengelak atau menyorok lagi. Jika saya mengabaikan perkara ini, pasti orang lain akan jadi mangsa. ‘Adakah diganggu secara seksual bermakna terdapat masalah dengan mangsa?’ Mengapa anda meminta mangsa untuk alasan? Saya sedih kerana ini berlaku pada 2023..

Baca luahan penuh DJ Soda di atas..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...