Ikuti Kami:

“Suka Hati Saya Nak Pakai Pakaian Seksi” – DJ Soda Mengamuk Dipersalahkan Dek Serangan Seksual

“Suka Hati Saya Nak Pakai Pakaian Seksi” – DJ Soda Mengamuk Dipersalahkan Dek Serangan Seksual

Bukan senang jadi wanita, kadang kala terpaksa menerima tohmahan ramai walaupun salah orang lain.

Baru-baru ini, DJ Soda telah mendedahkan bahawa dia diraba tanpa rela semasa melakukan persembahan di satu acara muzik di Jepun.

Meskipun meluahkan ketakutan dek trauma serangan seksual itu, ada segelintir suara sumbang yang menyalahkan haya pemakaian deejay popular dari Korea itu.

Muat naik DJ Soda dalam satu entri berasingan,

Ianya nyata namun saya mengumpul keberanian untuk meluahkan kata-kata ini. Saya tak memakai pakaian terdedah supaya orang melihat atau memegang badan saya. Saya tahu mahu pakai baju yang macam mana bagi nampak cantik dan yakin. Saya hanya memakai pakaian mengikut kemahuan dan kepuasan saya. Awak tiada hak untuk memegang badan dan melakukan serangan seksual ke atas saya apabila memakai pakaian terdedah.

Tambahnya,

Saya terfikir siapa yang menyalahkan saya kerana memakai pakaian terdedah memikirkan apa dalam kehidupan seharian mereka? Salah ke pakai pakaian terdedah di festival air? Hanya kerana saya memakai pakaian sebegitu, orang boleh memegang badan saya?

Tambah DJ Soda lagi, dia akan terus memakai pakaian sedemikian kerana itu adalah pilihannya dan tiada siapa layak untuk menghukum pilihan itu.

Cuba jangan pegang orang sesuka hati?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...