Ikuti Kami:

“Saya Dipersalahkan & Dihina..” – Namgoong Min Kongsi Kisah Perit Ketika Mula Berlakon

“Saya Dipersalahkan & Dihina..” – Namgoong Min Kongsi Kisah Perit Ketika Mula Berlakon

Setiap orang pastinya mempunyai pasang surut dalam kehidupan mereka kan?

Terbaru, Namgoong Min telah muncul dalam program “You Quiz on the Block”, di mana dia ada berkongsi tentang kerjaya lakonannya.

Dalam siaran itu, pelakon lelaki tersebut menyatakan tentang minatnya yang besar untuk berlakon semasa di awal kerjayanya,

Saya sangat bersemangat. Walaupun saya menerima layanan yang tidak munasabah di set, ia tidak menyakitkan saya. Sebagai contoh, semasa saya berlakon, ada tiupan angin dan menghempaskan tempat lampu. Ia bukan salah saya tetapi ia adalah tempoh saya rasa terhina. Saya disalahkan jadi saya hanya berdiam diri dan berkata ‘Saya minta maaf, saya buat kesilapan’.

Bukan itu sahaja, pelakon “One Dollar Lawyer” tersebut turut menyebut bahawa dia sering menerima kata-kata makian semasa dia memegang watak kecil dahulu,

Saya bermula sebagai pelakon tambahan. Sebagai seorang rookie yang sepatutnya tersenyum, saya sering dihina seperti ‘Awak adalah sebab ini menurun’. Namun, kerana saya berlatih berlakon dalam perjalanan pulang, saya terasa baik. Saya tak berasa menyesal langsung.

namgoong min

Mendengar luahan lelaki itu, Yoo Jae-suk memuji,

Jika saya, pasti air mata akan keluar serta-merta. Kekuatan mental awak sangat luar biasa.

Segala kerja keras Namgoong Min akhirnya telah membuahkan hasil!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...