Ikuti Kami:

Bernilai RM10 Juta, Namgoong Min Dedah Rumah Mewah Buat Kali Pertama

Bernilai RM10 Juta, Namgoong Min Dedah Rumah Mewah Buat Kali Pertama

Debut pada tahun 2001, sudah 22 tahun Namgoong Min berada dalam industri hiburan sebagai pelakon.

Terbaru, sebab Namgoong Min mengambil masa selama 25 tahun untuk membeli rumahnya sendiri telah menjadi topik hangat antara netizen.

Sebelum ini, Namgoong Min telah tampil dalam program MBC “I Live Alone”, di mana pelakon itu ada mendedahkan rumahnya kepada umum. Pelakon itu berkata,

Ia adalah rumah milik pertama saya selepas bertahun-tahun membayar sewa bulanan, jadi ia membawa kepentingan yang besar.

Meskipun sudah lama berada dalam industri, namun ramai tertanya-tanya mengapa dia baru berpeluang untuk membeli rumahnya sendiri. Mengenai ini, seorang wartawan menjelaskan,

Namgoong Min mendapat kira-kira 200 juta won (RM150,725) untuk setiap episod drama. Bagaimanapun, dia mengutamakan pendapatannya untuk membeli rumah buat ibu bapa dan adik-beradiknya terlebih dahulu, sebab itu dia mengambil masa yang lama untuk mendapatkan rumah buat diri sendiri.

Untuk pengetahuan, rumah yang dibeli Namgoong Min bernilai kira-kira 1.4 bilion won (RM4,879,131.56) pada 2017 namun, ia kini dianggarkan berjumlah 3 bilion won (10,455,281.91).

Cantiknya rumah Namgoong Min!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...