Ikuti Kami:

“Saya Dikritik..” – Ryu Junyeol Perjelas Sebab Diam Ketika Han Sohee & Hyeri ‘Bergaduh’

“Saya Dikritik..” – Ryu Junyeol Perjelas Sebab Diam Ketika Han Sohee & Hyeri ‘Bergaduh’

Akhirnya Ryu Jun-yeol membuka mulut mengenai kontroversi melibatkan Han So-hee dan Hyeri sebelum ini.

Ketika sidang media siri terbaru Netflix, “The 8 Show”, Ryu Jun-yeol telah dipersoal mengenai kontroversi peribadi yang terpalit padanya melibatkan kekasih pada ketika itu, Han So-hee dan bekas kekasih, Hyeri.

Khabarnya, lelaki tersebut dikatakan menyambung hubungan cinta dengan Han So-hee pada ketika dia belum benar-benar putus dengan Hyeri.

Jelas Ryu Jun-yeol,

Pelbagai entri telah muncul di media sosial yang berkaitan dengan masalah peribadi saya, yang tidak ada hubungannya dengan kepercayaan peribadi saya. Saya fikir lebih baik untuk tetap diam daripada menjawab satu per satu dan menanggung kritikan yang mungkin timbul dari situ.

han sohee hyeri ryu junyeol

Tambahnya,

Setelah kembali dari perjalanan, saya membaca kritikan dengan baik. Ini membuat saya merenungkan diri sendiri.

Kemudian, dia telah menutup bicara dengan mengatakan bahawa hanya akan membahas hal ini setakat itu sahaja dan meminta semua memberikan fokus buat “The 8 Show”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...