“Saya Digelar Pengkhianat Kebangsaan” – Choi Taejoon Ungkap Perkahwinan Bersama Park Shinhye
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Selepas berkahwin, sudah pasti ramai yang ingin mengetahui tentang kehidupan berumah tangga daripada Choi Tae-joon dan Park Shin-hye.
Terbaru, Choi Tae-joon telah menjadi tetamu dalam rancangan “The Sixth Sense 3” bersama Jo Se-ho.
Semasa membuat kemunculan, para ahli program itu bertepuk tangan dan menyambutnya sebagai ‘pengantin baru’ selain mengucapkan tahniah atas perkahwinan bersama Park Shin-hye.

Seloroh Yoo Jae-suk sehingga mengelap air mata,
Shin-hye sudah tiada kini.
Jawab Choi Tae-joon,
Saya menjadi pengkhianat kebangsaan (kerana mengambil Park Shin-hye pergi).

Dalam pada itu, pelakon itu menjelaskan bahawa dia tiada niat untuk mempromosikan apa-apa naskhah dan sekadar mahu menyertai “The Sixth Sense 3” kerana mahu muncul di kaca televisyen.
Semoga Choi Tae-joon akan muncul dengan drama baru pula nanti.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




