Ikuti Kami:

(FOTO & VIDEO) Bahagia! Sekitar Majlis Perkahwinan Choi Taejoon & Park Shinhye

(FOTO & VIDEO) Bahagia! Sekitar Majlis Perkahwinan Choi Taejoon & Park Shinhye

Hari ini telah berlangsung majlis perkahwinan pasangan pelakon Korea iaitu Choi Tae-joon dan Park Shin-hye.

Selepas 4 tahun bercinta, pasangan merpati sejoli itu telah mengikat pertalian seumur hidup menerusi sebuah majlis gilang-gemilang di Seoul pada hari ini dan dihadiri ramai selebriti popular.

Rakan artis beri sokongan

Menerusi laman Dispatch, dapat dilihat ramai artis yang menghadiri majlis perkahwinan tersebut. Antara daripadanya ialah Kim Myung-min, Namgoong Min, Lee Se-young, Nam Ji-hyun, Kim Bum, Yoo Yeon-seok, Oh Yeon-seo, Lee Dong-hwi, Lee Min-ho, Yoon Kyun-sang dan ramai lagi.

park shinhye choi taejoon kahwin

Iringan lagu dari rakan baik

Lebih menyayukan apabila rakan baik Park Shin-hye sendiri seperti Lee Hong-hi dan Do Kyung-soo (EXO) serta Crush telah menyanyikan lagu tahniah buat pasangan pengantin baru itu.

Wajah gembira Choi Tae-joon dan Park Shin-hye

Lihat sahaja ekspresi mereka semasa sedang membacakan lafaz sebagai suami isteri.

park shinhye choi taejoon kahwin

Mata Choi Tae-joon yang terus tertancap buat pasangan seumur hidup dan ibu kepada anaknya.

park shinhye choi taejoon kahwin

Siapa yang tak gembira apabila bertemu dengan pasangan sehati sejiwa yang bakal menjadi teman sepanjang hayat kan?

Gambar pra-perkahwinan

Tak cukup dengan gambar yang dikongsikan agensi Park Shin-hye dan Choi Tae-joon pada pagi ini, tersebar beberapa foto pra-perkahwinan mereka yang terdapat di majlis perkahwinan itu.

park shinhye choi taejoon kahwin park shinhye choi taejoon kahwin park shinhye choi taejoon kahwin

Semoga perkahwinan ini kekal selamanya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...