Ikuti Kami:

“Saya Dapat Mesej…” – Lakonan Lee Chungah Dalam ‘My Dearest’ Dikritik Teman Rapat

“Saya Dapat Mesej…” – Lakonan Lee Chungah Dalam ‘My Dearest’ Dikritik Teman Rapat

Dikritik teman rapat? Biar betul?

Pada 2 November, ketika membuat penampilan dalam rancangan YouTube “Esquire Korea” pelakon Lee Chung-ah telah berkongsi pengalamannya sepanjang bergelar pelakon. Malah dia juga mendedahkan bahawa dirinya dikritik oleh teman rapatnya melalui mesej selepas mereka melihat lakonannya dalam drama “My Dearest”.

Di dalam video tersebut, Lee Chung-ah menyatakan dirinya sedang terlibat di dalam drama “My Dearest” di mana drama itu telah berjaya mendapat sambutan yang baik dari umum serta meraih rating yang tinggi.

Katanya,

Ketika saya beritahu yang saya akan membintangi drama tersebut, ramai rakan-rakan saya serta keluarga saya yang asyik tanya saya tentang drama tersebut dan macam mana jalan ceritanya.

lee chungah my dearest

Tambahnya,

Malah, selepas drama itu ditayangkan, ada juga dikalangan mereka yang mesej saya dan mengkritik lakonan saya dalam drama tersebut.

Namun, Lee Chung-ah menyatakan bahawa dia menerima kritikan tersebut dengan hati yang terbuka dan ingin menjadikannya sebagai sebab untuk dirinya berusaha dengan lebih baik agar lakonannya dapat diterima umum.

Dia juga berkata,

Dalam drama ni, saya bawa watak sebagai Gakhwa, anak kepada maharaja Qing iaitu Hong Tai-ji. Untuk menerangkan tentang drama ini, kalian boleh bayangkan yang kamu semua sedang makan ubi manis. Ubi manis yang panas tetapi sedap dan ianya buat kamu tak boleh berhenti makan. Macam itu la drama ini.

Korang dah tengok ke drama ni? Kalau dah, apa pendapat korang tentang lakonan Chung-ah?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...