Ikuti Kami:

Ditanya Sebab Nyanyi OST Untuk ‘Bad Prosecutor’, Respon D.O EXO Buat Peminat Tertawa

Ditanya Sebab Nyanyi OST Untuk ‘Bad Prosecutor’, Respon D.O EXO Buat Peminat Tertawa

Siap sedia semua untuk drama baru D.O EXO!

Bagi yang belum tahu, D.O akan terajui drama “Bad Prosecutor”, yang mengisahkan tentang seorang pendakwa raya yang kurang sopan namun sangat cenderung untuk menegakkan keadilan dengan apa jua cara. Siri ini akan turut dibintangi Lee Se-hee, Ha Joon, Kim Sang-ho dan ramai lagi.

Terbaru, Do Kyung-soo atau lebih dikenali sebagai D.O, telah muncul dalam program radio Park Myung-soo sebagai tetamu, bagi mempromosikan dramanya “Bad Prosecutor”.

exo d.o

Ketika sedang berborak, D.O memperkenalkan wataknya iaitu Jin Jeong sebagai seseorang yang perlu menghapuskan rasuah dan membetulkan keadaan. Apabila DJ radio Park Myung-soo bertanya sama ada dia juga jenis yang tidak tahan melihat ketidakadilan, D.O menjawab,

Saya rasa begitu. Saya tidak suka melihat tindakan yang memudaratkan orang lain atau perangai kasar.

Menarik perhatian, pelakon dan idola itu turut berkongsi bahawa dia akan menyanyikan runut bunyi untuk drama “Bad Prosecutor”. Jelasnya,

Sudah tentu saya akan nyanyikan OST. Saya rasa awak akan mendengarnya di tengah-tengah drama. Ia adalah lagu yang akan keluar dalam adegan yang mendebarkan.

Kemudian, Park Myung-soo bertanya,

Apakah kelebihan menyanyikan OST sendiri?

kbs bad prosecutor

Respon D.O,

Saya akan mendapat wang.

Jangan lupa tonton “Bad Prosecutor” mula ditayangkan pada 5 Oktober ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...