Ikuti Kami:

“Saya Dapat Berlakon Semula” – Park Bokyung Buktikan Lakonan Masih ‘Power’ Dalam ‘Little Women’

“Saya Dapat Berlakon Semula” – Park Bokyung Buktikan Lakonan Masih ‘Power’ Dalam ‘Little Women’

Lega hati Jin Seon-kyu, setelah sekian lama, isterinya dapat kembali berlakon!

Di artikel sebelum ini, kami kongsikan bagaimana Jin Seon-kyu berkongsi perubahan hidupnya setelah membintangi filem “The Outlaws”. Dek kerana filem hit itu, kehidupannya kini mempunyai nafas baru, malah isterinya juga dapat kembali ke dalam industri.

Dalam sesi temu bual Jin Seon-kyu bersama “Yoo Quiz On The Block”, dia berkata bahawa isterinya, Park Bo-kyung, terpaksa menahan impiannya untuk berlakon dek kerana perlu menjaga anak mereka. Namun, sejak tahun lalu, Bo-kyung mula menyertai sesi uji bakat lakonan.

Usaha Park Bo-kyung nyatanya membuahkan hasil kerana baru-baru ini, dia menerajui siri “Little Women” sebagai Go Soo-im. Sejak membintangi siri itu, Park Bo-kyung mula dikenali dalam kalangan peminat K-Drama.

Dalam pada itu, Park Bo-kyung turut berkata dia turut berasa bangga dan seolah-olah tidak percaya kerana dapat berlakon semula. Dia berkaata,

Saya memeluk fail skrip itu dengan agak lama. Saya sudah lupa bagaimana rasanya keterujaan untuk berlakon. Berlakon adalah sesuatu yang saya memang mahu lakukan. 

Lakonan Park Bo-kyung dalam “Little Women” tu nampak betul jahatnya ya….

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...