“Saya Dah Boleh Beli Semua Benda” – Jin Seonkyu Kongsi Perubahan Hidup Selepas ‘The Outlaws’
- oleh Athirah Azmi
- 4 tahuns lalu
Kehidupan Jin Seon-kyu berubah selepas tayangan “The Outlaws”? Kenapa ya…
Artikel Berkaitan
Jin Seon-kyu baru-baru ini tampil dalam satu rancangan hiburan tvN, “Yoo Quiz On The Block”, yang bersiaran semalam.
Jin Seon-kyu yang hidup dalam keadaan yang kurang senang selama hampir 13 tahun, kini menemui nafas baru.
Setelah tampil menerajui filem “The Outlaws”, Jin Seon-kyu tampak lebih gembira dengan kehidupan sekarang. Apabila ditanya mengenai perbezaan kehidupan sebelum dan selepas menerajui filem tersebut, dia berkata,
Saya rasa sekarang, netizen mula mengenali saya setelah sekian lama. Saya juga boleh hidup tenang, malah saya boleh berbelanja dengan isteri saya tanpa perlu melihat tanda harga.
Dia menyambung,
Sekarang, saya juga boleh belanja apa sahaja kepada junior-junior saya. Ianya memang perubahan yang besar. Saya tak boleh melakukan semua itu sebelum ini. Saya rasa sangat lega dapat mengekalkan keadaan itu sekarang.
Baguslah, berbaloi dengan usaha kan…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




