Ikuti Kami:

“Saya Dapat 30% Diskaun Di..” – Kai EXO Kongsi Faedah Jadi Duta Global Buat Jenama ‘Gucci’

“Saya Dapat 30% Diskaun Di..” – Kai EXO Kongsi Faedah Jadi Duta Global Buat Jenama ‘Gucci’

Sebagai duta global jenama mewah, Kai EXO pastinya mendapat faedahnya tersendiri.

Terbaru, Kai telah tampil sebagai tetamu dalam saluran YouTube Lee Yong-jin dan Lee Jin-ho “Pusat Kesihatan Yong Jinho”, bagi mempromosikan lagu terbarunya “Rover”.

Ketika sedang berborak, Lee Yong-jin membuat kenyataan mengenai Kai yang merupakan duta buat jenama mewah Gucci,

Pengaruh Kai sangat hebat jadi saya rasa CEO Gucci akan meninggalkan komen pada video ini.

Kemudian, pelawak itu bertanya kepada Kai sama ada dia mempunyai apa-apa faedah istimewa sebagai duta jenama mewah tersebut. Jawab ahli EXO itu,

Saya boleh mendapat diskaun 30% di seluruh dunia.

Untuk pengetahuan, Kai telah dilantik sebagai duta global buat Gucci pada 2019 dan merupakan artis Korea pertama yang memegang jawatan sedemikian.

Fuh untunglah!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...