Penonton drama Korea pastinya akan kenal dengan pelakon veteran Kim Hae-sook.
Baru-baru ini, Kim Hae-sook telah terlibat dengan satu temu bual khas, susulan tayangan filem barunya “Three Days of Vacation”.
Khususnya, pasti ramai yang mengenali Kim Hae-sook dengan wataknya sebagai seorang ibu dalam pelbagai K-Drama popular. Mengenai ini, pelakon berusia 67 tahun itu meluahkan perasaannya,
Walaupun saya dah tua, saya gembira dan berysukur kerana masih aktif sebagai pelakon.
Bagaimanapun, wanita itu mengaku bahawa dia berasa sedih kerana masih belum pernah memenangi hadiah utama atau Daesang. Luahnya,
Saya masih belum pernah memenangi hadiah utama di mana-mana majlis anugerah dari tiga syarikat penyiaran besar (KBS, SBS, MBC). Saya telah berusaha banyak tetapi..
Sambungnya lagi,
Saya membaca komen dan terdapat banyak sokongan untuk saya. Pada masa itu, saya fikir anugerah tidak penting dan ramai yang menyokong saya. Saya rasa ramai yang sayangkan saya.
Betul tu, kami sayangkan Kim Hae-sook!