Ikuti Kami:

“Dia Sejuta Kali Lebih Comel” – Son Yejin Tulis Ucapan Buat Hari Jadi Pertama Anak Lelaki

“Dia Sejuta Kali Lebih Comel” – Son Yejin Tulis Ucapan Buat Hari Jadi Pertama Anak Lelaki

Pejam celik pejam celik, anak sulung Son Ye-jin sudah pun berusia setahun.

Terbaru, Son Ye-jin telah menulis ucapan buat anak lelakinya, yang telah mencecah usia setahun pada 27 November.

Menerusi laman Instagram, pelakon wanita itu telah memuat naik foto dirinya ketika masih kecil dan menulis,

Saya hampir tidak ingat bagaimana diri saya semasa kanak-kanak menerusi gambar yang kabur tetapi apabila melihatnya melalui penampilan anak saya adalah satu pengalaman yang misterius.

Terima kasih kerana mengucapkan selamat hari lahir yang pertama kepada Alkongie kami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 손예진 (@yejinhand)

Sambungnya lagi,

Alkongie sangat suka hadiahnya~

Tetapi mulai sekarang, sokongan dalam hati atau surat ikhlas anda sudah lebih dari mencukupi. Semoga makcik-makcik semua sentiasa berbahagia 🙏🏼

Daripada memuat naik gambar Alkongie, ini adalah gambar ibu Alkongie. Dia sejuta kali lebih comel dari ibunya semasa dia kecil 🙃

Surat penuh sokongan yang kadangkala saya terima dari anda semua adalah kesenangan terbesar. Saya sangat terharu.

Selamat hari jadi anak Hyunbin dan Son Ye-jin!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...